Wednesday, 24 September 2014
Apakah Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
Murid-murid Pendidikan Khas yang dikategorikan bermasalah pembelajaran ialah:
1. Autisme
2. Sindrom Down
3. Selebral Palsi
4. Dileksia
5. Hiperaktif (ADHD) / Hipoaktif
6. Lembam
7. Pintar cerdas
8. Terencat akal yang minima
Setiap murid-murid ini mempunyai potensi yang berbeza-beza. Teknik pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai diterapkan mengikut tahap kebolehan murid. Tahap masalah murid-murid ini boleh dikategorikan kepada tiga bahagian iatu baik, sederhana dan lemah.
Bagi memenuhi keperluan individu proses pengajaran dan pembelajaran di Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran dibentuk secara fleksibel dan ini bertepatan dengan Peraturan-Peraturan Pendidikan (Pendidikan Khas) 1997,yang menyatakan
“ Guru -guru boleh mengubahsuai kaedah atau teknik pengajaran atau pembelajaran, masa bagi aktiviti dan susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas”.
Program Inklusif
Program Inklusif ialah Program Pendidikan Khas (bermasalah pembelajaran) yang menempatkan murid-murid yang berpotensi untuk mengikuti P&P di kelas normal. Pemilihan murid-murid adalah berdasarkan penilaian prestasi dan pencapaian mereka di kelas khas. Menerusi program ini, murid-murid khas berpeluang mengikuti mana-mana matapelajaran di kelas aliran perdana dengan bimbingan daripada guru matapelajaran tersebut dan seorang guru pendidikan khas.
KSSR
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) mula dilaksanakan pada 2011 secara berperingkat bermula dengan Tahun 1 di semua Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas dan sekolah rendah yang melaksanakan Program Pendidikan Khas Integrasi.
Pelaksanaan KSSR bagi Pendidikan Khas adalah seperti berikut:
Murid Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran)
Murid-murid ini mengikuti Kurikulum Altenatif yang digubal khusus berasaskan KSSR.
Murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
Murid-murid ini mengikuti KSSR arus perdana dengan penambahan Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan (KAIMAL). Kurikulum Pendidikan Jasmani dan Dunia Seni diubahsuai mengikut keperluan murid.
Murid Pendidikan Khas (Masalah Penglihatan)
Murid-murid ini mengikuti KSSR arus perdana dengan penambahan Bahasa Isyarat Komunikasu (BIK). Murid Tahun Pengukuhan pula mengikuti KSSR yang digubal khusus sebagai persediaan ke Tahun 1.
Monday, 8 September 2014
Pendidikan Khas Di Malaysia
Sejarah Pendidikan Khas
Pendidikan khas telah bermula di Malaysia sejak awal tahun 1920-an di kalangan sukarelawan yang membuka sekolah-sekolah untuk pelajar bermasalah atau kurang upaya penglihatan dan pendengaran.Di Malaysia,pendidikan khas formal bermula pada tahun 1948 dengan tertubuhnya Sekolah Rendah Pendidikan Khas Princess Elizabeth di Johor Bahru untuk kanak-kanak buta.Pada tahun 1954, Sekolah Persekutuan Kanak-Kanak Pekak di tubuhkan di Pulau Pinang untuk kanak-kanak pekak.
Program pemulihan ke atas pelajar “lembam” (lemah dalam menguasai kemahiran membaca, menulis dan mengira pada tahap umurnya) bermula pada tahun 1978. Manakala program untuk kanak-kanak ‘Bermasalah Pembelajaran’ baru bermula pada tahun 1988 apabila buat pertama kali Kementerian Pendidikan memulakan kelas perintis di Sekolah Kebangsaan Jalan Batu, Kuala Lumpur.Perkembangan pendidikan khas di Malaysia bertumpu kepada kumpulan kanak-kanak buta, pekak, dan bermasalah pembelajaran.
Peringkat Perkembangan Pendidikan Khas Di Malaysia
Peringkat Pertama (Awal 1947- Akhir 1947)
• Pada peringkat permulaan, peranan utama dalam pendidikan khas dan pemulihan pelbagai kecacatan disumbangkan oleh institusi-institusi keluarga dan masyarakat terdiri daripada pertubuhan agama, etnik, ibu bapa dan badan sukarela bersifat tempatan dan antarabangsa.
Peringkat Kedua (1948- 1980)
• Tahun 1948,memperlihatkan peranan dan penglibatan pihak kerajaan membuka dan menubuhkan beberapa sekolah khas seperti Sekolah Rendah Princess Elizabeth di Johor Bharu dan Sekolah Kanak- Kanak Pekak Persekutuan di Pulau Pinang (1954).
Peringkat Ketiga (1981- kini)
• Pihak kerajaan merupakan penggerak utama dalam peringkat ketiga di mana perkhidmatan kemudahan fizikal, khidmat sokongan,peruntukan kewangan dan khidmat kepakaran disalurkan terus untuk pendidikan khas.

Saturday, 6 September 2014
Perkembangan Profesionalisme Keguruan Melalui Globalisasi
Dengan globalisasi yang semakin rancak menguasai dunia-dunia dalam pelbagai bidang seperti politik,sosial,pendidikan dan ekonomi,ia dilihat memberi kelebihan menerusi perkembangan profesionalisme keguruan dalam bidang pendidikan khasnya.Trdapat lima perkembangan yang jelas diperoleh menerusi globalisasi.
Perkembangan pertama ialah meluaskan peluang kepada guru dalam perkhidmatan dan guru dalam latihan dari aspek pendidikan guru dan peningkatan taraf profesionalisme.Perkara ini dapat dilihat menerusi adanya peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang-bidang yang ditawarkan bagi memantapkan diri dengan ilmu dan kemahiran dalam sesuatu tempoh yang telah ditetapkan mampu meningkatkan lagi taraf profesionalisme keguruan.
Selain itu,perkembangan menerusi globalisasi turut meluaskan pengetahuan guru secara global.Seperti yang kita tahu,guru perlu sentiasa mengekalkan nilai intelektualnya kerana guru merupakan agen perubahan dalam menghasilkan produk berkualiti atau modal insan yang diperlukan di negara kita.Guru harus peka dengan perkembangan semasa kerana selain tanggungjawab menyalurkan ilmu kepada jurid,guru juga menjadi sumber rujukan dan teladan bagi masyarakat sekeliling.
Melalui globalisasi juga guru dapat meningkatkan kemahiran ICT dan interaksi global yang mana ia meluaskan konsep pembelajaran mengatasi bilik darjah.Contohnya,dengan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi,guru dapat melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang merentasi penyediaan pengalaman murid tanpa terbatas.Misalnya,murid berpeluang melihat keadaan gunung berapi,keadaan di kutub utara dan menyelam di dasar laut menerusi carian laman video pendidikan di internet.
Perkembangan yang berikutnya ialah meluaskan lagi program pensiswazahan guru bagi memperbaiki taraf kualiti dan taraf profesionalisme guru setanding dengan guru-guru di negara luar agar produk yang dihasilkan mampu membangunkan negara kita dengan lebih maju dan berjaya.Dengan globalisasi ia meletakkan profesion keguruan sebagai satu profesion yang penting.Ini kerana berjayanya sesebuah negara adalah dengan berjayanya negara itu menghasilkan modal insan berguna yang akan membangunkan negara setaraf dengan negara naju yang lain.
Tuesday, 2 September 2014
Kesantunan Masyarakat Melayu
Kesantunan bahasa dalam masyarakat Melayu yang menjadi penghuni teras di Kepulauan Melayu sejak dahulu lagi merupakan salah satu warisan yang penting dalam pembentukan keperibadian bangsa hingga kini.Antara aspek kebudayaan Melayu yang menjadi asas kebudayaan kebangsaan negara ini ialah kesantunan bahasa yang menggambarkan kehalusan budi,pemikiran,falsafah,sistem nilai,sistem masyarakat dan seluruh aspek kebudayaan itu sendiri.
Kesantunan juga merupakan pengukur diri seseorang untuk diterima atau sebaliknya dalam kehidupan sosial.Keindahan kehidupan masyarakat manusia yang sentiasa berusaha membina perlakuan yang memenuhi tuntutan sosial telah mewujudkan keharmonian dan kesejahteraan kehidupan bersama dalam sesebuah masyarakat.Pemahaman terhadap variasi kesantunan dalam pelbagai bangsa turut mendorong ke arah pemupukan saling menghormati dan menghargai dalam kalangan manusia tanpa mempertikaikan perbezaan agama,bangsa dan budaya.
Terdapat banyak unsur yang menggambarkan wujudnya kesantunan bahasa dan ia telah dirakamkan dalam pelbagai karya persuratan seperti hikayat,syair,pantun,gurindam dan seloka.Demikian juga telah wujud adat istiadat dan pelbagai bentuk majlis dan upacara dalam kehidupan masyarakat Melayu sejak zaman-berzaman.Huraian dan dialog yang terdapat dalam pelbagai karya persuratan Melayu lama itu dengan jelas menggambarkan penggunaan bahasa yang santun dan beradab.
Subscribe to:
Posts (Atom)