Perpindahan Rasulullah
SAW ke Madinah pada tahun 622 Masihi, membawa perubahan dan pengertian yang
besar terhadap penyibaran dan kestabilan agama Islam. Kurikulum
pendidikan peringkat ini bertukar kepada memenuhi tuntutan perundangan dan
perhubungan antarabangsa. Institusi pendidikan Islam memilih masjid
sebagai tempat menyampai ilmu, sistem halaqah bermula di Masjid dan
dilaksanakan oleh Rasulullah SAW. Fungsi masjid mengikut termenologi
Islam adalah sebagai markas bagi segala aktiviti agama dan masyarakat,
khususnya dalam hal-hal yang berhubung dengan aktiviti ibadat, pelajaran dan
pendidikan.
Al-Abrasyi menyatakan Rasulullah SAW menjadikan masjid
Nabawi sebagai tempat belajar mengenai urusan dunia dan agama disamping
beribadat. Situasi masjid lebih bebas dan sesuai sebagai tempat
belajar. Rasulullah SAW telah mendirikan sebuah surau yang
bersambung dengan masjid tersebut, dikenali sebagai al-suffah. Merupakan
sebagai sebuah sekolah yang membimbing pelajarnya dengan lebih sistematik. Mata pelajarannya termasuklah al-Quran. Asas agama (Aqidah, syariah, akhlak)
khat, sejarah, bahasa. Kurikulum yang diberi merangkumi pendidikan rohani
dan jasmani yang menjadi keperluan kepada individu dan masyarakat.
Struktur pendidikan
Islam telah disusun oleh Rasulullah SAW dalam beberapa bentuk :
i. Pendidikan Umum : Di jalankan oleh Rasulullah SAW atau para sahabat daripada Khulafa al- Rashidin. Perlaksanaannya dilakukan dengan penyampaian pidato selepas sembahyang fardu atau selepas sembahyang jumaat. Kurikulum nya merangkumi bidang aqidah, syariat, muamalat dan lain-lain. Bidang lain seperti menunggang kuda, bermain pedang, berenang, bergusti dan lumba lari.
ii. ii. Pendidikan Khusus : Pengajaran yang berbentuk khusus ialah pengajaran yang diberikan oleh baginda
kepada orang-orang yang tertentu tanpa mengira tempat atau masa. Sahabat-sahabat baginda seperti Ali bin Abi Talib, Abu Bakar as-Siddiq, Abu
Hurairah dan lain-lain adalah di antara orang yang sering mendapat pendidikan khusus
berupa tunjuk ajar secara langsung.
iii. iii. Pendidikan Institusi : Merupakan intisari Pendidikan Islam pada peringkat Madinah. Pendidikan bentuk
ini banyak melahirkan cendiakawan Islam pada masa selanjutnya.
Gambling problem with blackjack - Dr.MCD
ReplyDeleteGambling problem with 삼척 출장마사지 blackjack 부천 출장샵 How to place a bet on blackjack is one 춘천 출장마사지 of the most The house is always on 평택 출장안마 the line 전주 출장안마 at the house.