Pendidikan maya telah menjadi semakin popular pada masa kini. Ini selaras dengan arus
pembangunan industri teknologi maklumat yang semakin berkembang. Agenda IT
Kebangsaan (National IT Agenda, NITA) yang telah dilancarkan pada tahun 1996
menggariskan beberapa panduan bagaimana Malaysia boleh muncul sebagai sebuah
negara maju. Salah satu agenda awal adalah mewujudkan pendidikan maya.
Pendidikan ini telah diperluas dengan pengenalan konsep pembelajaran Sekolah
Bestari, E-learning, Universiti terbuka dan Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH).
Pendidikan maya telah dikenal pasti mempunyai banyak kepentingan pada masa
hadapan.
Pada zaman ledakan teknologi maklumat dan komunikasi,
setiap individu semakin bersaing untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran dan
kerjaya masing-masing. Nabi Muhammad s.a.w bersabda “Tuntutlah ilmu walau di
negara China sekalipun”. Walau sukar sekalipun, seseorang itu digalakkan
mencari ilmu. Ilmu mampu meningkatkan martabat seseorang. Pada masa kini, ilmu
mudah diperoleh melalui ruang siber. Ilmu dunia tanpa sempadan memberi banyak
kelebihan kepada kita. Seseorang itu boleh menjelajah ilmu pengetahuan ke
seluruh pelosok negara melalui pendidikan maya atau virtual.
Seterusnya, pendidikan maya dikenal pasti dapat meningkatkan
kemahiran seseorang dalam bidang ICT. Kemahiran dalam bidang teknologi maklumat
dan komunikasi telah menjadi satu kemestian pada masa hadapan. Setiap individu
perlu menguasai ilmu tersebut kerana ianya telah menjadi salah satu agenda utama negara. Kerajaan telah
memberi penekanan dalam bidang tersebut dengan memperkenalkan penggunaan ICT
dalam sistem pendidikan negara.Guru dan pelajar telah didedahkan dengan lebih
awal dalam bidang ICT. Merekalah yang akan memastikan kejayaan sistem tersebut.
Jatuh bangun sebuah negara
banyak bergantung kepada mereka.
Pengenalan ICT dalam sistem pendidikan maya secara
tidak langsung meningkatkan penguasaan pelajar dalam bahasa Inggeris. Ini
selaras dengan dasar penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran Sains dan
Matematik di sekolah-sekolah Malaysia. Dasar tersebut mensasarkan pelajar dapat
menguasai bahasa Inggeris dengan baik kerana ilmu dunia banyak diperoleh dalam
bahasa Inggeris. Pendedahan penggunaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah
rendah lagi boleh memberi banyak faedah kepada mereka. Pendidikan maya telah
menyuntik semangat baru kepada pelajar untuk mendalami bahasa Inggeris.
Penggunaan bahasa Inggeris dalam pendidikan maya mampu mengayakan
perbendaharaan dan kosa kata bahasa Inggeris pelajar. Seterusnya meningkatkan
kemahiran dan penguasaan mereka dalam bahasa tersebut. Pelajar yang menguasai
bahasa Inggeris dengan baik dapat bersaing di peringkat antarabangsa. Mereka
juga akan menjadi pilihan utama majikan untuk mengambil mereka bekerja.
Pendidikan maya yang menggunakan medium internet
sebagai pengantara didapati lebih mesra pengguna. Ia dapat diintergrasikan
dengan penggunaan grafik, teks
dan kemudahan audio visual
kepada pengguna. Penggunaan perisian grafik dalam pendidikan maya boleh menarik
minat pelajar. Kajian yang dibuat oleh Rio Sunarji Sharifuddin (1997) mendapati
pembelajaran menggunakan kaedah perayauan (exploratory) dan penemuan (enkuiri)
lebih berjaya berbanding kaedah tradisional. Pelajar lebih menyukai jika mereka
diberi kebebasan dalam pencarian maklumat pembelajaran. Konsep ilmu melalui
kaedah penerokaan perlu ditingkatkan.
Pendidikan maya juga boleh mengembangkan daya
kreativiti seseorang. Individu yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam
bidang komputer boleh mencipta perisian, CD-ROM dan laman web sendiri. Inovasi
baru dalam penciptaan perisian, CD-ROM dan laman memberi banyak kebaikan kepada
seseorang. Pada masa kini, terdapat banyak pakar dalam bidang pembangunan
perisian, pengaturcaraan komputer, perkakasan komputer dan sebagainya. Ini
dapat dilihat dengan wujudnya banyak perisian, CD-ROM dan laman web baru .
Perkembangan tersebut dilihat seperti cendawan tumbuh selepas hujan. Pada
setiap saat sahaja, banyak perisian baru telah dicipta. Peluang yang ada perlu
direbut kerana boleh mendatangkan pendapatan yang lumayan kepada seseorang.
Kesimpulannya, pendidikan maya mempunyai banyak
kepentingannya. Pendidikan ini mempunyai potensi besar pada masa hadapan.
Sifatnya yang terbuka memberi ruang dan peluang kepada individu untuk meningkatkan
pengetahuan dan kemahiran dalam semua bidang. Langkah-langkah segera perlu
diambil oleh kerajaan untuk memajukan sistem pendidikan maya. Kerjasama yang
dibuat dengan IPTA, Universiti terbuka dan IPTS lain dikenal pasti sebagai
langkah terbaik untuk merealisasikan impian tersebut . Diharapkan pada masa
hadapan Malaysia akan muncul sebagai hub pendidikan bertaraf dunia. Ini sejajar
dengan Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (RRJP3) 2001 – 2010 dan Dasar
Wawasan Negara (DWN) bagi menghadapi cabaran globalisasi, liberalisasi ekonomi
dan persekitaran berasaskan pengetahuan.

No comments:
Post a Comment